SEMPENA hari lahir, kami makan di Warong Warisan Asli, di Bukit Tinggi, Bandar Baru Klang. Kira pertama kali lah datang sini, lot corner dengan angin yang sejuk, wuuu...dengan makanan yang panasss lagi sedap hingga menjilat sudu.
Segan jugak nak masuk, takut2 mahal, tapi rupanya OK juga harganya. Kedai makan ini bercirikan restoran kampung mewah dulu2. Pelayannya pakai kain batik+baju kurung kedah, lelaki pakai seluar hitam+baju putih(macam pagoda tu) dan songkok. Ada lagu dimainkan tapi semua lagu tangkap lentok tahun 70-80an pulak, so tak la menghayati sangat. Pulak tu, ada yang nyanyi sekali tapi suaranya pulak tak sampai!.
Beratap rumbia, kerusi kayu+rotan, alas meja kain batik, makanan boleh tahan sedap, layout kedai yang menarik, susunan yang teratur, tisu bunga timbul bercorak ehehe, servis air kosong dan emping, hmm susume(recommend) la tempat ini.
Saya makan Soto Ayam Kampung, banyak betul ayam!. Kawan serumah makan nasi goreng dengan 3 ketul udang beratur di tepi pinggan. Sotonya sedap tapi saya makan pelan2 sebab panas, kawan serumah pun makan pelan2 sebab melayan sms yang berkepul2 mengucapkan selamat ekekek. Saya ingat nak bagi sms jugak ucap selamat kat die, tapi tak payah kot, nanti dapat pelempang percuma pulak!.
Sebelum balik, kami singgah beli kek, nyammmmm nyammmm. Dan balik dan rehatkan kek dalam peti sejuk dan titun ihihihih. Sekian, Selamat hari Lahir Kak Fairuz, Semoga panjang umur murah rezeki dan cepat kawin.
Posted at 10:14 pm by ichigofest
Permalink